Assalamualaikum wbt.
Sejak menjak ni aku asyik tulis pasal cita2 impian2 harapan bagai.
Kenapa ya ? Aku pon rasa dah tau kenapa jawapannya. Kenyit mata.
Bismillah.
Awak. Ni surat cinta saya yg kedua untuk awk. Saya tak tau lg bila boleh tulis surat ni. Sebab masa amat mencemburui kita. Tambah2 lagi nanti saya sibuk nak jaga anak awak. Eh.
Senyum.
Bismillah. Baiklah. First. Senyum. Saya nak ucap terima kasih sgt dekat enty sebab sudi terima saya. (Memalu) menjadi incik suami. Saya tau enty akan menjadi puan isteri yg paling cantik nanti bila berbadan dua nanti. Kenyit mata.
Saya (eh) nak ucap terima kasih lagi kali kedua sebab awak dah jadi isteri yg sah untuk saya dan saya harap perkahwinan kita ni diredhai dan dijaga Allah hingga ke syurga sana. Aamiin.
Buat isteriku. Terima kasih. Akhirnya harapan ku cita2 ku terlaksana apabali ku disatukan dgnmu.
Indah sungguh rasa hati. Kerana beberapa perkara yg dulunya ku lakukan sendiri. Akhirnya ada teman menemani sepi. Sendiri. senyum berkali.
Apa dia contohnya ?
1. Akhirnya boleh makan berjemaah (tak bosan lagi)
2. Boleh jalan2 gi taman / pasar malam / pasaraya sambil pgg tgn ( kenyit mata)
3. Boleh solat sunat berjemaah sesama. Paling sweet boleh kejut sesama solat tahajud. Merenjis sedikit air ke muka. Subhanallah !
4. Boleh senyum kt wajah pasangan. Senyum.kalau tak dulu senyum sensorang ja. Nasib org tk igt gila. Senyum.
5. Ada teman bicara. Boleh lentok melentok. Bermain badminton. Berkungfu. Bertinju. Dan sebagainya bersama.
6. Subhanallah. Plg sweet boleh gi solat kat masjid all umm sesama ! Senyum
7. Ada teman nak ke majlis2 ilmu (ada geng)
8. Boleh sembang ilmu agama sesama ( plus untuk awak sebab minat agama) senyum.
9. Ada teman nak kejut. Nak teman dating. Nak teman kacau hantu. Kacau meow. Kacau bebudak sekolah. Dan kacau. Baby sendiri. Senyum.
10. Akhir sekali. Ada pendamping yg setia. Saat susah senang. Saat miskin dan kaya. Saat di dunia. Saat di akhirat. Saat di bawah dan diatas. Ada pendamping setia (seperti doaku) yg ada disisiku. Permaisuri duniaku. Bidadari akhiratku. Ada sejemaah tangan untuk ku genggam. Ku pimpin. Menerusi jalan islam. Iman. Dan ihsan. Tujuan ? Akhirat ? Hamba ? Pada Tuhan. Ikutan ? Rasulullah Saw. Impian. Redha Rahmay dan Syurga Allah ! Aamiin
Hanya padamu. Sang setiaku. Yg dh lama ku tunggu. Ku nanti. Yg membawa sinar dan bahagia padaku. Membajaku dengan kasih syg dn ilmu agamamu.
Terima kasih. Ini untukmu. Future wife ku. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment