Bismillah.
Jam pukul 10 pagi.
Lokasi. opis.
Alunan ayat al quran menenangkan jiwa.
Pagi yg gundah gulana.
Tenang separa mendengar ayatMu Ya Allah.
Ya Allah. Segala kesakitanku kau tau.
Ya Allah. Segala air mata ku kau tau.
Ya Allah. Segala impian dan hasratku citaku kau tau.
Aku hanya mau mencari redhaMu.
Membalas jasaMu.
Hidup dan matiku hanya untukMu
Ya Allah di kala bait malam indah bertamu
Impianku bersama yg bisa menemani langkahku
Menggapai impian yg sama dgnku
Kurniakn aku Ya Allah isteri dan zuriat penyejuk mataku
Ya Allah. Impianku ingin melahir keluarga islam.
Yg berteras syariat. Yg mengikut sunnah rasul.
Ya Allah. Aku mau mentaati segala perintahMu
Bersama ahli keluargaku. Isteri. Dan anakku.
Kau tau setiap air mata yg tumpah dari kelopak mati ni ya Allah.
Menagih. Merayu. Memohon.
Agar dikurniakan pendamping yg setia.
Yg setia bersamaku di saat susah dan senang
Yang menjaga kehormatan dan auratNya
Yang menghiasi hidupku dgn candanya.
Ya tuhan kau gantilah kesedihanku
Dgn ganjaran pahala yg besar
Dgn kebaikan dunia dan akhiratku
Dgn dikurnia ahli keluargaku yg cinta akan akhirat
Dan menagih cintaMu lebih dari ku
Sesiapa yg mencintaiMu
Akan berusaha sebaiknya untuk mentaatimu
Dan Ya Allah kau tau tu impianku
Hijau lalang yg bertiup
Kicau burung yg bernyanyi
Kilauan malam
Pasti lebih indah andai aku diberi peneman yg setia bersamaku Ya Allah.
Melengkapi segala kekurangan ku.
Membantuku dalam usahaku.
Mendengar segala keluh kesahku.
Tuhan. Aku perlukan dia.
Aku tak kuat sendiri Ya Allah.
Kecuali dgn rahmat pertolonganMu.
Nabi musa juga berdoa dikurniakan pendamping. Lalu Allah perkenan diberi Nabi Harun sebagai penolong
Nabi adam juga maukan peneman di syurga lalu Allah ciptakan hawa.
Ya Allah. KekuasanMu. Kau mencipta segala makhlukMu dgn berpasangan.
Bulan dan bintang. Siang dan malam..
Dan kau ciptakan satu hati.
Kerana kau inginku mencari.
Ya Allah. Temukanku Ya Allah. Kabulkan Ya Allah.
Doa dan cita2.
Aku menangis Ya Allah.
Mengemis.
Mengharap.
Meminta dariMu.
Aku pendosa yg meminta BYK.
Namun aku tau Kau Maha Mengabul.
Ya Allah di akhir doaku.
Aku memohon dariMu. Dekatkan aku dgn redhaMu.
Org yg mencari redhaMu. Yg mencintaiMu.
Berikan aku pendamping yg setia.
Ya Allah. Ganti air mata kesedihanku.
Dgn air mata bahagia nanti Ya Allah.
Tuhan. Harapan hamba yg kerdil.
Cita yg besar.
Cinta hamba kepada Tuhan.
Aku redha. Aku sabar. Aku berdoa.
Kerana aku tau. Aku tau ada Tuhan Yang Maha Penyayang.
Maha Pencipta.
No comments:
Post a Comment